masa tak pernah berhenti berdetik.dan tidakkah sedar manusia tidak berhenti meniti usia.lihat sekeliling,semua pasti menjadi tua dan layu.kulit yang dahulunya tegang mula kendur dan terus kendur.cuma itulah,ajal saja memutuskan perjumpaan itu.wahai anak,mari kita berfikir sejenak.bagaimana layanan kaliian nanti jika ibu bapa kalian satu hari nanti menjadi tua dan semakin tua?adakah kesabaran yang kau layarkan atau kesombongan yang kau lemparkan kepada mereka?ya,memang tak semua mampu bersabar.tapi jika kau mampu berfikir,lihatlah masa dahulu kalian.bagaimana kau di mandikan dengan penuh kasih sayang;dimandikan dengan buih buih dan tawa riang oleh si ibu.bagaimana pula kau disuapkan dengan penuh kesabaran meski ketika sekecil itu kau tetap lemparkan makanan tersebut.tak mehu menjamah.ahh tak enak.meski yang penat lelah ialah si bapa yang tak betah mencari rezeki.itu ketika kau kecil,mungkin tak mengerti barangkali.hanya yang mampu,senyuman sahaja oleh si ibu.ya,masih teruskan memujuk kemudiannya.kemudian ditidurkan pula si anak.bagai puteri.kau lelap dalam keletihan,si ibu dan si bapa juga letih melayan kerenah si anak.tapi,lihatlah wahai si anak,keajaiban yang Allah turunkan;letih manapun,siapa tak senang melihat anak tidur merangkul selesa di bahu ibu bapa.hilang terus keletihan yang sering menyulam hari demi hari itu.
tapi
bagai mana pula jika ibu bapa si anak menjadi lemah.tak terdaya melawan fitrah diri dimamah usia.diri diibarat sebagai seorang bayi semula.tidak mampu mandi sendiri.sedia kau si anak unuk memainkan tanggungjawab itu?memandikan dengan kesabaran?sanggup kau bersabar dan memujuk jika ibu bapa takut dan tak suka dipaksa mandi.sanggup kau bersabar jika si ibu bapa melemparkan makanan hingga bersepah sepah sekeliling meja;disangkakan sayur yangi terhidang adalah sejenis mainan.atau herdikan yang kau balaskan.dan apa pula bisikan hati kau setiapkali kau layangkan pandangan pada wajah ibu bapa kau tiap tiap kali mereka mula nyenyak tidur diulit mimpi.tataplah.
garisan kedut yang kau lihat pada wajah dan badan mereka menjadi bukti dahulu mereka pernah berbakti pada kau.sudah tiba masa buat kau juga berbakti buat mereka,pergilah.mereka menunggu.
*aku rindukan mak bapak aku sebenarnya lalalaalalallala